2.2 Menyemai Biji Benih
Tuesday | 07:34 | 0 comments



Bekas menanam?menyemai benih sayuran

Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya.
Terdapat tiga cara penyemaian:

a. Semaian terus biji benih besar 
  • Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu.
  • Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu di patuhi :
  • Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan
  • Tanam sebiji atau dua biji selubang
  • Selepas bercambah, lakukan penjarangan.

Penyemaian terus biji benig besar / Kaedah poket

    b. Semaian terus biji benih kecil
    Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun, cili tomato, terus dan lain-lain boleh menggunakan dua cara:
    Semaian terus ke batas tetap.
    • Kaedah alur - buat alur yang cetek dengan jarak tertentu
    • Tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah.
    • Beri perlindungan (sungkupan) dan air.
    • Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.
    semaian biji benih halus di dalam kotak semaian

    Kebaikan menyemai di dalam kotak semaian semaian
    • penjagaan anak benih lebih mudah
    • anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap. Ini memastikan hasil yang bertambah.
    • anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi tumbesaran yang sama.
    • Pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari batas semaian.
    Penyemaian Terus Ke Batas Tetap

      c. Menyemai cara semai tabur
      Teknik menyemai secara semai tabur adalah seperti berikut,
      • tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis.
      • beri perlindungan (sungkupan) dan air.
      • selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.
      Menabur Biji Benih

        Penjarangan
        Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara satu sama lain. Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan anak benih/ pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien. Disamping itu untuk menentukan tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi.
        Penjarangan dilakukan dengan mencabut pokok atau memotong batang dengan pisau yang tajam.

        Menyulam
        Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang di antara anak pokok. Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak penanaman, akan berlaku pembaziran tempat dan akan merendahkan pengeluaran hasil serta kos akan meningkat.
        Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah, mati, diserang perosak, terbantut tumbesaran atau tidak sihat, anak benih ini perlu dibuang dan diganti. Proses ini dinamakan Penyulaman Anak Benih.
        Penanaman
        Panaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan dan juga untuk memudahkan kerja penjagaan. Berikut adalah beberapa sistem yang biasa diigunakan dalam penanaman sayuran.

        Mengubah
        Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak benih dari batas semaian diubah ke batas tetap.
        Teknik mengubah anak benih adalah seperti berikut ;
        • Segarkan anak benih sebelum diubah
        • Lakukan waktu pagi atau petang
        • Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah pecah semasa mengubah.
        • Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di sekeliling akar.
        • Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar.
        • Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan
        • Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat pegangan yang kuat.
        • Bekalkan perlindungan dan air.
        • Buangkan perlindungan sedikit demi sedikit selepas beberapa hari

        Labels:


        Older Post | Newer Post
        Editor

        Hai,
        Untuk melihat editor blog ini
        sila klik numbor diatas! ♥ ♥
        Huraian Sukatan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

        Nota Ringkas dan Powerpoint

        Maklumat Tambahan

        Kategori

        >>KLIK!
        NOTA
        PENULISAN KRITIS
        RPH
        Archieve